Bismillahirrahmanirrahim,
Tarik
nafas, dan hembus. Lelah juga kalau
asyik mengadap buku 24/7. Belajar pun belajarlah juga, namun tidak dilupakan,
amalan-amalan yang biasa dilakukan harus terus dibuat! Andai tidak dapat ditambah
bilangannya, biarlah makin meninggi kualitinya.
Oh,
tidak lupa buat senior-senior yang sudah pun ‘merdeka’, tahniah buat
doktor-doktor hebat kita ini. Harapannya, akan bertambah lagi doktor muslim
yang berkualiti, yang bisa membuka mata dan hati ummah di Malaysia tentang
keindahan Islam. InsyaAllah.
Bagi
adik-adik yang lain(termasuk diriku jua), suasana peperiksaan masih menyelubungi
kita semua siang dan malam. Ada yang suka menyendiri, untuk lebih fokus
agaknya. Ada yang lebih selesa belajar secara berkumpulan, mungkin untuk
mengelakkan rasa mengantuk disamping membuahkan perbincangan yang mantap. Pastinya,
semua tengah serabut untuk memasukkan semua ilmu untuk berhadapan dengan para
pemeriksa nanti.
Ditambah
lagi dengan keadaan cuaca musim panas yang makin mengganas, memang
merimaskan!!!
Tapi,
serimas mana pun kita, seserabut mana pun, tujuan kita hanyalah satu:
KEJAYAAN(dan juga mengecapi keredhaan Allah!)
Mungkin
ada yang tidak perasan, atau buat-buat tidak tahu, perangai kita pun sedikit
sebanyak berubah di saat yang genting ini. Rasa cemburu, perasaan ingin menang
mengaburi mata kita dek persaingan yang wujud. Namun, sebagai sorang muslim,
patutkah kita mengabaikan rakan-rakan yang lain dan maju ke hadapan seorang
diri? Itu kedekut ilmu namanya! Astaghfirullah… Minta maaf ya sahabat sekalian,
andai diri ini pernah begini…
Allah swt telah berfirman,
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka
menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan
shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu
akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
(Surah AtTaubah, 9:71)
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad
pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi
pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang
benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.
(Surah AlAnfal, 8:74)
Sebagai
saudara semuslim, kita mempunyai tanggungjawab terhadap saudara kita sendiri.
Bukan setakat tanggungjawab terhadap saudara yang miskin, bukan setakat
tanggungjawab terhadap saudara yang sedang berjihad menegakkan Islam, kita
turut mempunyai tanggungjawab untuk membantu saudara kita yang berada di
sebelah kita sahaja ini!!
Cuba
lihat perkiraan yang berikut, molek sangat rasanya kalau hendak dianalogikan
dengan kisah interaksi antara ubat (changes in pharmacodynamics):
1+1=2
Satu
ubat yang dicampur pengambilannya dengan satu ubat yang lain membuahkan hasil
yang lebih baik berbanding penggunaan satu ubat sahaja, sesuai dengan keupayaan
setiap ubat tersebut. (Anda membantu kawan anda belajar, kedua-duanya akan berjaya
dengan cemerlang dalam peperiksaan, insyaAllah.)
1+1>2
Wah, ini
lagi hebat! Dua ubat digunakan sekali, tetapi kesannya lebih daripada jangkauan
keupayaan ubat-ubat itu sendiri! Inilah yang dinamakan sinergi.
(Anda
membantu rakan anda, hasilnya kalian menjadi doktor terhebat di Malaysia
setelah graduasi nanti ;])
0+1=1
Satu
ubat yang tidak boleh memberikan kesan tanpa ada interaksi dengan ubat yang
lain. (Bukan bermaksud lemah, namun ada juga rakan-rakan kita yang memerlukan
booster daripada insan hebat seperti anda!)
Amalinya
tidak susah, rajin-rajinkanlah diri menanyakan khabar sahabat-sahabat kita.
Perlukan nota? Hulurkan. Ada yang tidak faham? Terangkan. Ada perselisihan
pendapat? Bincangkan. Hilangnya motivasi? Sama-sama naikkan! InsyaAllah, semua ini akan membuahkan hasil
yang baik buat sahabat anda dan diri anda sendiri.
“Men learn while they teach.” - Lucius A. Seneca
“When
one teaches, two learn.” - Robert Half
Semoga
api-api jihad di medan ilmu ini masih marak, menghidupkan hati untuk terus
mempelajari ilmu-ilmunya yang andai dibentangkan semuanya lebih luas daripada luasnya
lautan. Setitik cuma yang ada pada kita ini pun, dah begitu banyak rasanya.
InsyaAllah, sama-sama kita doakan kejayaan kita, dan moga-moga ilmu kita ini
diberkati dan diredhaiNya. Amin.
Wallahua’lam.
-A.H.-