Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat
dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., juga kepada para
sahabat dan ahli keluarga baginda.
Pernahkah
anda terfikir, atau bertanya kepada diri sendiri,
“Kalaulah
dulu aku tak main-main waktu belajar.”
“Kalaulah
dulu aku tak ponteng kelas.”
“Kalaulah
dulu aku pilih course XXXX dekat university XXXX.”
“Kalaulah
dulu… Kalaulah aku… Kalaulah…”
Tarik
nafas sekejap, dan hembus.
Memang,
dunia ini penuh dengan pilihan. Lepas satu, satu lagi datang menghantui kita,
menimbulkan rasa ragu-ragu untuk memilih mana satu yang terbaik. Pilihan jurusan
untuk melanjutkan pelajaran, pilihan tempat untuk bekerja, pilihan pasangan
untuk mendirikan rumahtangga pun turut termasuk dalam senarai. Untuk membuat
keputusan yang tepat, patutlah ditimbang segala baik buruk keputusan yang bakal
diambil, lantas dirikanlah solat istikharah, moga-moga pilihan kita itu
mendapat keberkatan daripada Allah swt.
Namun
kadang kala akan timbul satu ketika di mana kita meragui pilihan yang telah
dibuat tadi. Rasa menyesal pun timbul, mungkin disebabkan keputusan telah
diambil secara tergesa-gesa. Mungkin juga disebabkan keputusan yang diambil
tadi bukannya diambil mengikut selera sendiri, tetapi memenuhi kehendak orang
lain. Atau mungkin juga dek kesusahan yang dialami akibat daripada pilihan itu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah, 2:
216)
Dush! Selalu benar ayat ini terkena di batang hidung
sendiri. Astaghfirullah… Rasa susah sedikit dah merungut. Baru ada test sikit
dah merengek. Belum lagi kena angkat senjata untuk berjuang untuk Palestin.
Belum lagi kena berjalan jauh dalam keadaan panas terik semasa perang Tabuk.
Belum lagi kena berjihad demi Islam dengan bilangan askar yang sangat sedikit
berbanding askar kafir Quraisy dalam perang Badar!
Jangan jadi seorang muslim yang lemah!
Lupakah kita, bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah
bersabda,
Sesungguhnya
setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama
40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang
sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang
malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4
kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia
celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya
salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga,
sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia
didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan
kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan
neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan
kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis
riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
Juga di
dalam satu hadith yang lain,
Daripada
Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.ﻋﻨﻬﻤﺎ اﷲ رﺿﻲ
beliau berkata:
Aku
pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda
kepadaku: Wahai
anak!
Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah
nescaya Allah
akan
memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta
pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu
manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan
suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka
berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak
mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah
tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah
kering (dakwatnya).
Hadis
riwayat al-lmam al-Tirmizi.
Segala
yang bakal berlaku kepada kita telah pun tertulis di Luh Mahfuz, maka redhalah
dengan ketetapanNya. Sebaik-baik perancangan kita, perancangan Allahlah yang
paling sempurna. Rezeki, ajal, amal dan pengakhiran kita… semuanya telah
ditetapkan sebelum kita lahir lagi, yakni ketika roh itu ditiupkan ke dalam
rahim ibu kita.
Kita
tidak mengetahui apa yang bakal terjadi, dan pendapat peribadi, di situlah
terletak keindahannya. Allah tidak memberitahu kita tentang masa depan, agar
sesiapa yang memang sudah sedia soleh, tidak akan leka dan sentiasa istiqamah
dalam usahanya agar tidak tergolong dalam golongan yang fasiq. Bagi yang telah
banyak berbuat dosa pula, pengampunan Allah itu lebih luas daripada
kemurkaanNya. Allah memberi peluang untuk kita bertaubat, dan kembali ke
pangkal jalan. Kita hendaklah sentiasa bergantung harap padaNya, agar
pengakhiran bagi kita adalah pengakhiran yang baik, insyaAllah.
Pernah
dengar kisah pembunuh 99+1? Setelah membunuh 99 orang, timbul keinginannya
untuk bertaubat, lantas dia pun pergi menemui seorang rahib, namun rahib itu
mencemuhnya. Lantas dibunuh rahib itu, genaplah 100 orang yang telah terbunuh
dipedangnya. Setelah itu, dia berjumpa lagi dengan seorang ‘alim, lantas orang
‘alim itupun member nasihat agar meninggalkan kampungnya dan berhijrah ke kampung
yang baru, yang mempunyai bi’ah solehah yang bisa membantunya melakukan
perubahan. Lelaki itupun memulakan perjalanan, dan dengan takdirNya, dia menghembuskan
nafas yang terakhir tanpa sempat sampai ke destinasinya. Para malaikat
berebut-rebut untuk menariknya ke dalam syurga mahupun neraka, maka Allah
memerintahkan agar diukur jarak lelaki itu di antara dua perkampungan tersebut.
Ternyata, taubatnya diterima Allah apabila jarak tubuhnya lebih dekat kepada
perkampungan yang berbi’ah solehah itu dan dia pun dimasukkan ke syurga.
MasyaAllah,
apa lagi yang kita mahukan, yang ingin dirungutkan, sedangkan sudah banyak
Allah memberi untuk kita? Sebaliknya, kita gunakanlah segala peluang yang telah
Allah berikan sebaik-baiknya agar dapat menyumbang kepada agama dan mengumpul
saham untuk akhirat kelak.
Allah campakkan
kita ke bumi Rusia? Ok, tiada masalah. Kita kembangkan syiar Islam di sini.
Allah campakkan kita ke dalam jurusan perubatan? Baik, kita belajar
habis-habisan untuk menjadi doktor muslim yang berjaya, yang banyak berjasa di
jalanNya, insyaAllah. Allah berikan pasangan untuk kita? Alhamdulillah, mari
kita bina baitul muslim yang dipenuhi mujahid dan mujahidah yang bakal
menggegar dunia dengan syiar islam yang benar.
Berhentilah
daripada berkata “Kalaulah dulu begitu, kalaulah dulu begini…” Hilangkan terus
daripada kosakata hidup kita! Learn from the past, live the present, and plan
for the future with hands up for du’a, so that our plans are the best,
insyaAllah.
Peringatan
untuk diri dan semua.
Wallahua’lam.
-AH-