Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wrt.
Assalamualaikum wrt.
Cuaca
dingin yang makin mencengkam memang bisa membuatkan semua kaget untuk melangkah
keluar walau setapak pun. Manakan tidak, jari-jemari akan mula hilang deria
rasa, muka pula bak disuntik ‘botox’ rasanya. Pergerakan juga menjadi semakin
lambat dan perlahan, apatah lagi dengan timbunan salji yang memenuhi
perjalanan. Lebih selesa kalau duduk di dalam bilik bersama secawan minuman
koko panas!
Tapi,
banyak lagi yang perlu diselesaikan! Macam mana ni? Islam tidak mengajar kita
untuk terus bergulung di dalam selimut, membuang masa tanpa berbuat apa-apa. Namun
pernahkah anda mendengar kisah seorang sahabat:
Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi
dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi
berkata: “Apa maksudmu?” Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami
ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak,
dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: “Demi Allah yang diriku dalam
kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya
malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi
Hanzalah, ada masa-masanya”.
-Riwayat Imam Muslim
Tidak
ada salahnya untuk kita berehat sebentar, namun biarlah rehatnya kita itu tetap
mengikut landasan dan syariatnya! Bukankah lebih baik jikalau hobi yang
dilakukan pada waktu senggang dapat juga memberikan kita satu pencapaian dan
kejayaan dalam bidang baru, berbanding hobi yang hanya akan memakan masa dan
tenaga kita semata-mata? Ini barulah dikatakan ‘sambil menyelam, minum air’,
ataupun pepatah yang lebih popular, ‘Killing two birds with one stone’.
Kerehatan itu kita dapat, bersama manfaatnya juga!
Jadi di
sini ingin saya kongsikan beberapa hobi yang dapat mencapai misi ini,
insyaAllah dengan izinNya.
1)
Membaca
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah AlAlaq, 96 : 1-5)
Wahyu
pertama yang diturunkan turut menggesa umatnya untuk membaca dan menuntut ilmu.
Iqra’! Malangnya, kebanyakan dari kalangan kita masih malas membaca. Tidak,
bukan buku-buku medic yang saya maksudkan… Tetapi buku-buku yang bisa
menambahkan pengetahuan dan meluaskan bidang pemikiran. Kita punya impian untuk
‘think out of the box’, namun tanpa mengintai ke alam lain yang berada di luar
sana, macam mana kita hendak capai impian ini? Salah satu jendelanya adalah
melalui buku-buku, majalah-majalah, bahkan penulisan yang dapat membawa kita
menyelami pelbagai situasi dan kondisi yang tidak dapat dirasai tanpa mengamati
satu demi satu perkataan yang tercetak. Setiap orang ada jenis penulisan yang
diminati, jadi saya tidak menghadkan kepada satu-satu tajuk mahupun pengarang.
Namun di sini ingin saya selitkan beberapa cadangan:
·
AlQuran
– sepatutnya menjadi buku ‘favourite’ kita pada waktu lapang, untuk ditadabbur
dan diteladani setiap daripada ayatNya. Siapa yang akan jemu membelek kembali
surat-surat daripada kekasihnya?
·
Majalah
JOM! – Penuh dengan ilmu, informasi-informasi dan peringatan yang amat berguna.
Boleh juga dijadikan rujukan untuk bulatan gembira anda!
·
Novel
islamik – Bacaan ringan, menghanyutkan minda di dalam alam islami yang ideal.
2)
Blogging
Saya
percaya ramai diantara kita yang sudah pun mempunyai blog sendiri. Bagi yang
belum, mungkin inilah masanya untuk bermula! Setiap orang mempunyai sebab
tersendiri untuk menulis blog, misalnya untuk menceritakan pengalaman hidup di
perantauan, untuk menghantar berita kepada keluarga, sebagai journal kehidupan,
untuk memerikan pesanan dan peringatan, bahkan ada juga yang membuka blog untuk
mempromosikan barang-barang perniagaan mahupun mempamerkan koleksi-koleksi
fotografi yang kreatif. Tanpa disedari, sebenarnya dengan blogging juga anda
akan lebih menjadi tech-savvy: belajar bagaimana hendak memuatnaikkan gambar,
menukar ‘theme’, dan sebagainya. Disamping itu, anda juga akan menambah kenalan
yang mempunyai minat dalam bidang yang sama dan dapat berkongsi idea untuk
terus maju dalam bidang yang anda minati.
3)
Menulis journal.
Pastikan
anda telah siap semua kerja rumah dahulu ya! Andai kata anda ingin mencari
hobi-hobi lain yang bermanfaat juga, bolehlah layari http://productivemuslim.com/21-productivemuslim-hobbies-part-1/.
Selamat memulakan hobi baru!
Wallahua’lam.