Assalamualaikum buat para pembaca yang sudi mengunjungi blog penulis kecil-kecilan ini...
Setelah lama jari-jemari ini tidak menari di atas papan kekunci, terasa kekok pula untuk memulakannya semula... Satu demi satu artikel yang pernah ditulis dibaca kembali, untuk dapatkan 'feel' dan semangat untuk mula mengarang. Tiba-tiba muncul pula satu artikel yang pernah ana tulis dulu, laaaaaaamaaaaaa dulu, dah 3 tahun rasanya, di ketika mana ana baru sahaja mula berjinak-jinak dengan dunia tarbiyyah ini..
Subhanallah, betapa sucinya diri ini ketika itu, satu penulisan dari hati yang membuatkan ana pada hari ini menangis lagi setelah membacanya. Kalau nak dibandingkan dengan penulisan ana sekarang, kadang-kadang terasa kering pun ada juga... Tak cukup ikhlas lagi, mungkin =(
InshaaAllah, ana sentiasa berdoa agar setiap bait kata-kata lisan mahupun penulisan bisa memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang menerimanya, termasuk diri ana sendiri... Buat semua yang sentiasa memberikan ana sokongan, jzkk diucapkan. Dan setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan pada Ilahi kerana diberi peluang dan kebolehan untuk menyentuh hati-hati yang merinduiMu dan mencintaiMu dengan cara ana tersendiri. Akhirnya, Allah jualah pemberi hidayah dan petunjuk buat sesiapa yang dikehendakiNya, inshaaAllah..
Inilah dia artikel tersebut, hasil penulisan ana yang pertama sekali setelah mendapat tarbiyyah di bumi Volgograd ini...

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda,
"Jangan saling menghasut, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya padanya, jangan menelantarkannya, jangan membohonginya, dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, (beliau mengucapkan ini sambil menunjuk ke dadanya dan mengulanginya hingga tiga kali). Cukuplah seseorang dikategorikan jelek apabila dia merendahkan saudara sesama muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain."
(h.r. Muslim)
Assalamualaikum...
Ke hadapan para sahabat,
Harapnya, semua sentiasa berada di dalam rahmat, berkat dan yang paling kita kejarkan, keredhaan ALLAH. Ameen...
Apa khabar iman? Apa khabar diri sendiri? Apa khabar rakan di sebelah? Apa khabar para room mate, house mate? Apa khabar saudara-saudara kita semuanya?Semua sihat? Ada sengal2 badan, sakit2 akibat ber-PT??? Semoga cepat hilang lenguh2 tu semuanya.. ;)
Apabila kita hidup di alam yang fana ini, kita tidak terpisah daripada fitrah untuk bersaudara. Apa maksud saudara??? Masing2 boleh rujuk kamus dewan, kamus online, apa2 shj, namun yg kita ingin tumpukan di sini adalah persaudaraan kita sesama pemegang syahadah penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Rasanya macam dah lama kita tak diperingatkan mengenai perkara yg sebenarnya amat penting ini. Dah lama kita tak duduk bersama-sama, satu rumah, satu floor, satu bilik, satu kelas pun boleh, untuk menyatakan: Aku cintakan kau kerana ALLAH. Okay, maybe cheesy sikit, tapi bila dah cakap akan terasa satu kelainan (penulis pernah rasa) di mana tahap kecintaan terhadap para sahabat akan makin bertambah. Bila dah bertambah, makin banyak perkara kebaikan yg akan kita lakukan utk sahabat kita tu. Bila dah banyak kebaikan sesama kita, kita akan jadi semakin rapat, semakin sayang-menyayangi. Makin berganda-ganda tahapan cinta kita tu. Ya Allah, indahnya nilai persaudaraan kita ini...
Nilainya tidak terletak di dalam darah, di dalam RBC mahupun WBC, bukan dalam turutan gene yg kita inherit drp parents kita, tapi terletak dalam pegangan syahadah kita. La ilaha ilallah, Muhammadun Rasulullah.Nilai persaudaraan kita ini sepatutnya cukup tinggi sehingga kita sanggup korbankan apa sahaja, harta bahkan nyawa utk para sahabat, saudara yg kita sayangi... Kita akan memudahkan kesulitannya, kita akan menutupkan aibnya, dan pada fikiran saya yg paling penting, saling memperingati utk kembali kepada Allah, kembali kepada kewajipan kita yg satu agar kita dapat bersama-sama menikmati segala nikmat2 syurga yg tak terbanding dgn nikmat dunia.. MasyaAllah!
"... Barangsiapa yang membebaskan orang mukmin dari kesempitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesempitan di Kiamat. Barangsiapa yg memberi kemudahan orang yg mengalami kesulitan maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib org muslim maka Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba tersebut menolong saudaranya." (h.r. Muslim)
Cuba kita tanya balik, apa yg kita dah pernah buat utk saudara/sahabat kita??? Segar dalam ingatan saya ketika diserang demam yg teruk, tapi diri ni degil, taknak jumpa doktor... makan ubat dari apteka sendiri je... Semua sahabat yang saya cintai semuanya sgt caring, bertanya "Ok tak?" "Rehat cukup2!" "Dah mkn ubat belum?" Paling saya tak blh lupa, room mate2 yg saya kasihi masakkan bubur (walaupun ehem sket... ;]) tapi itu sudah cukup utk menenangkan diri ini, cukup utk memberikan semangat agar cepat sembuh, cukup untuk membuatkan saya tersenyum semula walau dlm keadaan yg sakit, dan... terlebih dari cukup untuk menguatkan lagi ikatan ukhuwah di antara kita! Ya Allah! Aku cintakan kamu semua kerana Allah!
Lain org, lain caranya melihat dan mentadabbur segala yg berlaku di sekeliling kita... Inilah cara saya... InsyaAllah, semoga sahabat2 semua menjumpai dan dapat merasai keindahan ini spt yg dapat saya rasa... Tapi AWAS!!! Kita masih terikat dgn batas2 antara lelaki dan perempuan, jgn jadikan alasan kasih syg fillah utk tunduk kpd nafsu yg sememangnya inginkan kesenangan di dunia...
Mari kita kembali kpd sejarah Islam, di mana kekuatan ukhuwah di antara mereka amatlah kuat, tanpa dapat di putuskan walau dgn belahan pedang mahupun tusukan panah sekalipun. Lihatlah persahabatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar! Betapa Rasulullah menyayangi Abu Bakar, dan begitu pula Abu Bakar menyayangi Rasulullah. Tak mungkin dapat ditandingi kasih sayang di antara mereka, namun, kita masih boleh mencuba... =)
Marilah kita ketatkan kembali ikatan ukhuwah di antara kita! Pandanglah ke arah room mate anda, house mate anda, floor mate anda, sesiapa sahaja... dan ucapkanlah: "Sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah ta'ala." Kalau ada yg malu tu, ckp dalam hati pun boleh... utk permulaan.. ;)
Hm... ini hanyalah sekadar usaha seorg insan kerdil untuk menyemarakkan kembali ukhuwah, kecintaan di antara kita semua pemegang panji2 Allah. Diri ini bukan pendeta, bukan penyair, bukan seorang yg pandai menyusun ayat berbunga2 sehingga dapat menyentuh hati semua para pembaca, tapi inilah yg termampu... Almaklum, sekolah dulu pun BM dpt A cukup2 makan je...
Sekiranya ada salah silap, tersalah kata, atau terkasar bahasa... minta dimaafkan... Tiada siapa pun yang perfect, except ALLAH THE ALMIGHTY.
insyaAllah, marilah kita bersama-sama berusaha menuju redhaNya...
Sahabat,
Jadikan jalinan antara kita persis rantaian tasbih,
Ada awal, tiada hujungnya,
Dibentuk kerana cintanya,
Diratib kerana redhanya,
Menitis air mata tika merasai kemanisannya...
-Deen-
p/s: deen=nama pena dahulu, sekarang=AdawiyatulHusna. Dulu takde idea nak pakai nama pena apa, tapi malu nak pakai nama sendiri. Heheh.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment