Saturday, January 10, 2015

[CURHAT] JAULAH PENCHENTA

Subhanallah walhamdulillah, tamatlah sudah salah satu daripada perjalanan-perjalanan yang bakal dilalui selagi mana diri ini memegang title pengembara, merangkap hambaNya yang sejati...

Sungguh kubersyukur diberikan peluang lagi untuk tururt serta dalam pengembaraan kali ini yang kukira amat menyentuh hati dan naluriku bukan setakat sebagai seorang daie, namun juga sebagai seorang insan dan sahabat!

Semuanya bermula dgn perjalanan ke Moscow dengan menaiki bas DianaTur, bersama-sama aktivis AZAM yang lain dan para peserta KOMSIS 2015. Semuanya teruja untuk tiba di Moscow dan meneruskan tujuan masing-masing.

Ada yang ingin reunion dengan geng.
Ada yang ingin jalan-jalan makan angin.
Ada juga yang ingin makan makanan korea. Ooppss. =P

Bagi yang mengikhlaskan hati, mereka hanya mengharapkan redha Allah dalam setiap tujuan mereka. Moga Allah memberikan balasan terbaik bagi setiap usaha, tenaga, masa, dan wang ringgit(rubble) yang dihabiskan buat satu perjalanan ini.

Ketibaan kami di Moscow disambut gembira oleh warganya, meskipun masing-masing sibuk dengan tugasan KOMSIS yang dipertanggungjawabkan. Memangku tak pernah boleh hadam betapa supernya akhowat kita ini! Diri mereka bagaikan mempunyai janakuasa infiniti yang terus menerus menghasilkan tenaga bagi menggerakkan nadi kecintaan mereka, yakni nadi dakwah itu sendiri.

Bila ditanya, siapa yang mengatur? Itulah dia.
Bila dijenguk, siapa yang memasak? Itulah dia.
Bila diperhatikan, siapa yang menyiapkan? Itulah juga dia.

Yang paling menghairankan, tidak pernah sekalipun mereka mengeluh. Tidak pernah terdengar langsung ungkapan 'penat' atau 'tidak larat' daripada bibir mereka. Bahkan bila disuruh berehat, orang lain pula yang diselimutinya untuk tidur!

Manusiakah ini? Manusia Super Saiya!

Ditambah dengan kerenah tetamu yang ingin bermanja dan mengada-ngada(ahaks) - maka bertambah juga kepenatan mereka. Setiap seorang daripada kami pasti ditunaikan permintaan dan haknya. Semuanya dilayan sama rata.

Oh, akhowati.
Apakah yang menjadi punca gerakanmu?
Apakah yang melenyapkan lelahmu?
Apakah sumber super powermu?

Siapa tahu?
Siapakah yang tahu?

Tidak perlu dilihat jauh, segalanya tersimpan di sini. (Tepuk-tepuk dada)
Dalam pelukan tarbiyah, aku memahami satu rahsia. Tak perlu disebut-sebut, namun semua pun pernah merasakan.

Iman. Cinta. Fillah.

Itulah punca kekuatan mereka. Itulah yang melenyapkan segala penat lelah. Itulah sumber super power kita bersama.

Sungguh aku bersyukur kerana terpilih untuk sama-sama bergerak dalam gerabak ini. Dan aku faham, gerabak ini tetap akan berjalan meninggalakanku andai kata aku terjatuh daripada landasan ini. Maka pada waktu itu, kepada akhowatlah aku bergantung harap untuk menarikku kembali bagi meneruskan perjalanan yang masih panjang ini.

Tidak banyak yang boleh kucoretkan lagi, dalam lena dibuai gerakan keretapi yang melaju ke stesen Volgograd 1. Kugagahkan jua, agar apa yang terbuku di dalam hati ini tidak akan hilang, bahkan sentiasa hidup dan memberikan nafas baru tatkala aku terleka daripada pertanggungjawaban syahadahku ini.

Ikhwah akhowat yang kusayangi keranaNya,
Kebersamaan fikrah tidak menjanjikan apa-apa andai tiada amal yang berbuah ranum daripadanya. Ayuhlah terus melaju menyentuh hati-hati yang masih kehilangan, yang dahagakan cahaya kasih Ilahi.

Ikhwah akhowatku,
Teruskan usahamu untuk membentuk masyarakat, perkuatkan ukhuwahmu dan susunlah pergerakanmu. Ketepikan perbezaanmu, dakaplah kepelbagaianmu. Itulah rahmat Ilahi bagi melengkapi aturan denyutan nadi dakwah kita ini.

Terima kasih atas segalanya.
Dengan sepenuh hati kuberdoa agar kita terus bersamaberlari menuju redhaNya.

Uhibbukum fillah, abadan abadaa.

AdawiyatulHusna
3.11pm
Train Kazan-Volgo

No comments:

Post a Comment