Bismillahirrahmanirrahim…
Tiada
siapa yang boleh hidup berseorangan di dunia ini. Semua orang memerlukan teman,
rakan dan sahabat untuk berkongsi fikiran, minat, bahkan perasaan. Siapa kata
cinta hanya boleh terbina antara 2 orang yang berlainan jantina sahaja? Kasih
sayang antara ahli keluarga, rakan dan juga teman seperjuangan juga dinamakan
cinta! Cinta untuk mahukan yang terbaik untuknya. Cinta untuk sama-sama
mendapatkan syurga. Cinta untuk menggapai redhaNya.
Cintakan
Allah dan RasulNya-itulah cinta teragung!
Tapi
pada hari ini, ingin saya kongsikan beberapa tips untuk membentuk hubungan
produktif dengan rakan-rakan dan para sahabat di sekeliling kita. Tidak kira
anda seorang ekstrovert mahupun introvert, tips-tips ini masih boleh diamalkan
oleh semua jenis personaliti. Lebih baik lagi, tips-tips ini dibentuk tidak
lain dan tidak bukan daripada sunnah Rasulullah itu sendiri!
Yok,
sebelum itu kita lihat kelebihan-kelebihan membina hubungan produktif ini
dahulu!
KELEBIHAN
DI DUNIA
Kehidupan
di alam fatamorgana ini sudah pastinya penuh dengan cabaran dan dugaan yang
bisa membuatkan kita mudah menyerah kalah dan berputus asa. Apabila kita
mempunyai hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita, itulah punca
tenaga positif yang akan dapat menaikkan motivasi diri kembali untuk terus maju
dalam kehidupan. Mereka jualah yang bakal memberikan kata-kata sokongan dan
dorongan supaya kita dapat mengatasi kegagalan dengan keazaman yang baru.
Mereka
juga akan lebih mudah untuk menghulurkan bantuan kepada anda hasil daripada
usaha anda menjaga hubungan di antara kalian. Hubungan yang terjaga dengan baik
juga akan membentuk psikologi yang sihat tanpa sebarang konflik mahupun
pergaduhan.
KELEBIHAN
DI AKHIRAT
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan
janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat
baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(AlBaqarah 2:195)
Subhanallah, Allah memang sukakan orang yang berbuat baik.
Jadi apa salahnya untuk kita berbuat baik sesama saudara kita? InsyaaAllah,
moga-moga Allah bakal membalas kebaikan yang kita lakukan dengan ganjaran yang
lebih hebat lagi di akhirat nanti.
Selain daripada itu, ini juga adalah sebahagia daripada
sunnah Rasulullah saw. Inilah masanya untuk membuktikan cinta kita pada
baginda, yakni dengan mengamalkan sunnahnya!
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Banyaknya
ganjaran yang bakal kita perolehi! Yok, kita teruskan dengan tips-tipsnya pula!
1) Murah
dengan senyuman
Senyuman
yang ikhlas bakal mencairkan walau sekeras-keras hati sekalipun. Ia dapat
membangkitkan semangat, dan menghilangkan kedukaan dari dalam dada seseorang.
Senyum itu juga adalah sedekah. Pastikan anda sentiasa tersenyum apabila
bertemu dengan para sahabat mahupun apabila berkenalan dengan teman yang baru.
Kata Saidina Umar,
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang
paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin
Al-Harist menyatakan,
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak
tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
2)
Berkata perkataan yang baik
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan
barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia
memuliakan tamunya.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
3)
Menjadi pendengar yang baik
Berikan
sepenuh perhatian kepada apa yang sedang diperkatakan. Berikan respon yang
sepatutnya apabila diminta, dan jangan memperlekehkan intipati perbualan
tersebut. Boleh jadi ia kelihatan remeh buat anda, tetapi ia mungkin merupakan
satu perkara yang besar buat temanmu!
“Aisha
ra said: And this is how Allah’s Messenger saw used to utter (so
distinctly) that if one intended to count (the words uttered) he would be able
to do so.”
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling
mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu
anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga
dan merasakan demam.”
(HR. Muslim)
4) Merendah
diri
Setiap
di antara kita dikurniakan dengan kelebihan masing-masing. Ada yang mempunyai
kelebihan dalam pelajaran, ada yang pandai berbisnes, ada juga yang pandai
menyediakan juadah yang enak-enak. Kongsikan kelebihan anda itu adalah lebih
baik dan lebih bermanfaat daripada anda cuba untuk menunjuk-nunjuk. Dan
manfaatnya akan kembali kepada diri anda juga!
“As narrated Iyad ibn Himar (al-Mujashi’i): The
Prophet
said: Allah has revealed to me that you must be humble,
so that no one oppresses another and boasts over another.”
(Riwayat Abu Daud)
(Riwayat Abu Daud)
5)
Menutup keaiban orang lain
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW
sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba didunia
melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat”.
(Riwayat Muslim)
6)
Hargailah mereka!
Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia
mengatakan cinta kepadanya.
(HR. Abu Dawud
dan Tirmidzi)
Ambillah sedikit
masa untuk menyampaikan rasa cinta kepada mereka, buatkan mereka rasa dihargai.
Berikanlah mereka hadiah, ataupun sediakan satu kejutan yang mereka suka.
Gembirakanlah hati mereka dan tunjukkan bahawa mereka memainkan peranan yang
penting juga dalam kehidupan anda. InsyaaAllah, moga hubungan kalian makin erat
dan mendapat berkat.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment