Tuesday, March 19, 2013

[POST] KUNCI-KUNCI KEJAYAAN!


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, keluar sahaja dari rumah untuk ke kelas, muka terus disapa dengan deru angin yang lembut, membawa bersama tanda-tanda pertukaran musim. Suhu menjadi semakin selesa, tumbuh-tumbuhan pula sudah mula mengeluarkan pucuk masing-masing. Tak sabarnya menantikan tibanya musim bunga!

Apabila disebut sahaja mengenai bunga, mesti akan dikaitkan dengan perihal wanita. Kenapa ya? Wanita itu cantik seperti bunga? Indah dipandang, sebagai perhiasan dunia???

Wanita itu bukan perhiasan sebarangan! Wanita solehah itulah yang bisa menggoncang dunia!

Jadi, jom kita intai kisah salah seorang daripada wanita penggoncang dunia ini agar dapat kita contohi bagaimana cara-caranya untuk menggegarkan kehidupan seharian kita dengan produktiviti!

Wanita yang saya maksudkan adalah Hajar, yang telah ditinggalkan oleh Ibrahim a.s bersama seorang bayi kecil Ismail a.s di tengah-tengah padang pasir yang tandus, berbekalkan sebungkus kurma dan sedikit bekalan air sahaja. Isteri mana yang tidak takut dengan tindakan suami sebegitu, apatah lagi dengan kehadiran seorang bayi kecil yang mendambakan perhatian, bagaimana mereka akan bertahan?

Namun, atas dasar keimanan kepada Allah, Hajar rela ditinggalkan, kerana yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan mereka berdua. Dari situlah bermulanya susur galur keturunan yang akhirnya membawa kepada kelahiran Rasulullah s.a.w.,bersama-sama dengan risalah penyelamat, yakni seruan islam.

Daripada kisahnya ini, ingin saya fokuskan kepada 2 aspek yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian;

1) Bersabarlah di atas apa jua ujian dan dugaan yang melanda, dan yakinlah Allah sentiasa bersama kita.

Perintah Allah untuk meninggalkan Hajar berdua dengan Ismail a.s merupakan satu ujian, bukan sahaja untuk Ibrahim a.s., namun juga untuk isteri dan anaknya. Namun apakah yang dikatakan oleh Hajar sebaik sahaja mengetahui bahawa tindakannya hanyalah kerana ingin memenuhi perintahNya?

“Kalau memang demikian, maka Dia tidak akan mengabaikan kami.”

Nah, betapa yakinnya Hajar pada kekuasaanNya! Betapa Hajar sentiasa berbaik sangka kepada Sang Pencipta! Setiap ujian yang melanda kita seperti kegagalan dalam peperiksaan, timbulnya masalah keluarga, mahupun masalah bersama rakan-rakan, merupakan salah satu cara Allah untuk melatih diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Walaupun begitu, tidak pernah sekalipun Allah melepaskan pandanganNya dan genggamanNya terhadap kita. Bahkan, Allah menanti-nanti agar makhlukNya menadah tangan dan meminta daripadaNya yang Maha Memiliki segala sesuatu.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits riwayat Bukhari).

Seperti sebuah bilik yang mempunyai jalan keluar, seperti itu jugalah setiap permasalahan yang pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Berbincanglah dengan orang yang berhak untuk mendapatkan keputusan yang wajar diambil untuk menyelesaikannya. Dan yakinlah, pertolongan Allah itu sentiasa ada untuk para hambaNya.

2) Bekerja keraslah untuk menggapai keajaiban!

Allah tidak sewenang-wenangnya memberikan Hajar bekalan air yang diperlukannya dengan mudah. Bahkan, Hajar terpaksa berlari-lari anak di antara dua buah bukit sebanyak tujuh kali dahulu, sebelum air zam-zam memancut daripada tanah yang dihentak-hentak oleh kaki Ismail a.s. yang seterusnya menghilangkan rasa dahaga mereka berdua.

Begitulah, kejayaan tidak akan datang bergolek, dan segala penyelesaian masalah tidak akan turun daripada langit begitu sahaja. Tidak ada satu perkara pun yang akan berjaya dicapai dengan hanya duduk bergoyang kaki dan minum kopi! Setakat ucapan harapan dan doa yang tidak disertakan dengan usaha tidak akan membawa sebarang perubahan pun.  Apa yang diperlukan adalah usaha yang aktif, kritis dan kreatif daripada kita untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Jangan pernah berputus asa daripada rahmatNya yang pasti!

InsyaAllah, dengan kesabaran dan usaha yang berterusan, segala perancangan dan matlamat yang telah disusun kemas akan dapat dicapai dengan mudah. Tidak dilupakan, doa dan tawakal kepada segala takdirNya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Ayuh, jangan duduk-duduk lagi! Bersabarlah dan aktifkan diri dalam mengejar cita-cita anda!

Wallhua’lam.

[POST] ADA APA DENGAN KISAH DZUN NUN?


Bismillahirrahmanirrahim…

Pada suatu pagi yang tenang, sambil beburung berkicauan…

Guru: Siapa nak dengar kisah Yunus a.s?

Murid-murid: Nak!!!

Guru:  Nabi Yunus a.s telah diutuskan kepada kaum Ninawa, walaupun baginda tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mereka. Namun, setiap ajakan Yunus a.s supaya mengesakan Allah dan berlepas diri daripada amalan penyembahan berhala ditolak oleh kaumnya. Mereka tetap tegar dengan adat istiadat nenek moyang mereka yang nyata menyimpang daripada jalan Allah yang lurus, walaupun berulang kali diingatkan tentang azab yang bakal menimpa andai mereka menolak dakwah baginda.

Lama-kelamaan, Yunus a.s tidak tahan tinggal dengan lebih lama di tengah-tengah kaum Ninawa yang berkeras kepala dan bersikap buta-tuli menghadapi ajaran dan dakwahnya. Ia lalu meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah seraya memohon kepada Allah s.w.t. untuk menjatuhkan hukumannya atas orang-orang yang membangkang dan berkeras kepala itu.

Sepeninggalannya, datanglah azab yang dijanjikan Allah kepada mereka, dan pucatlah raut wajah mereka. Mereka bertaubat dengan bersungguh-sungguh, dan Allah pun menerima taubat mereka… Tapi, di mana pula Nabi Yunus a.s ketika itu? Siapa tahu?

Murid-murid: Dalam perut ikan nun!

Guru: Alhamdulillah, bijaknya anak-anak sekalian! Betul, Yunus a.s telah menaiki sebuah kapal yang dilanda oleh ribut taufan, dan tiada cara lain selain daripada mengorbankan salah seorang daripada penumpang untuk menyelamatkan yang lain-lain. Maka, setelah undian dibuat beberapa kali, Yunus pun dicampak ke dalam laut. Dan setelah diilhamkan oleh Allah, maka Yunus a.s pun ditelan oleh ikan nun…  Itulah takdir Allah, sebagai teguran dan pengajaran daripadaNya…

“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap, “Bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”–Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (QS. Al Anbiyaa’: 87-88)

Maka, apakah pengajaran daripada kisah ini yang boleh menjadi sebahagian daripada amali kita?

1) Tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian Allah

Andai para Nabi juga menghadapi pelbagai mehnah, ujian dan cabaran yang bisa menggugat kesabaran mereka, apatah lagi kita sebagai manusia biasa. Namun percayalah, segala dugaan inilah yang akan membina kekuatan jati diri anda dan mematangkan pemikiran. Setinggi manapun pangkat anda, akan ada masanya anda tersungkur mencium bumi. Serendah mana pun kedudukan anda sekarang, akan tiba masanya suatu hari nanti untuk menggapai pelangi. Itulah roda kehidupan, ada kalanya kita di atas, di bawah, kemudian di atas semula… Bahkan kehadiran ujian itu juga tanda anda tergolong dalam golongan orang yang beriman, andai anda dapat menghadapinya dengan sabar.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

2) Jangan mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran dan dugaan

Walaupun usaha yang telah dilakukan seakan-akan tidak membuahkan hasil, jangan mudah mengalah! Mungkin sahaja masanya belum sesuai lagi. Mungkin sahaja Allah ada perancangan yang lebih baik untuk anda. Ataupun, mungkin juga usaha anda sendiri yang masih belum mencukupi! 

Kadang kala, kita akan terdorong untuk berpatah balik ke belakang, sedangkan tinggal hanya 2 langkah sahaja lagi untuk melepasi garisan penamat dalam sesebuah perlumbaan. Semuanya gara-gara tertipu dengan garisan penamat yang tersembunyi. Jadi, yakinlah dengan amanah yang telah diberi, dan teruslah maju ke hadapan untuk mencapai matlamat anda dan melepasi garisan penamat itu!

3) Ujian Allah itu juga adalah tarbiyyah(didikan)

Lihatlah, Allah menegur Yunus a.s dengan memasukkannya ke dalam perut ikan Nun.  Teguran itu adalah teguran dengan penuh kasih sayang kepada hambaNya yang soleh, sehingga terpancar benar sinar kesolehannya. Ketika berada di dalam perut ikan Nun, Yunus a.s telah membacakan doa yang paling elok andai diamalkan selalu, berdasarkan hadith:

“Doa Dzunnun (Nabi Yunus ‘alaihissalam) ketika di perut ikan adalah “Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.” Sesungguhnya tidak seorang muslim pun yang berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah akan mengabulkan doanya.” (HR. Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani)

Ujian daripadaNya bukanlah tanda kebencian, mahupun dengan sengaja ingin menurunkan darjatmu sehina-hinanya… Namun ia adalah sebuah tebing tinggi, yang akan dapat anda nikmati keindahan panoramanya sejurus anda berjaya mendakinya walau dengan susah payah.  Ia adalah anak tangga tarbiyyah, yang bisa menaikkan martabat kita menuju taqwa.

Walau apa pun halangan yang melintang di tengah-tengah perjalanan anda, jangan gusar! Inilah peluang yang harus diambil sebaik-baiknya untuk memperbaiki kelemahan diri. Hadapilah ia dengan penuh yakin, dan berdoalah kepada Allah supaya dipermudahkan. Dan hasilnya, itulah hadiah yang tidak ternilai daripada Rabbmu sebagai bekalan di dalam jalanNya yang semestinya panjang dan penuh berduri ini.

Yok, sama-sama kita cuba amalkan!

Wallahua’lam.


Friday, January 18, 2013

[CURHAT] OH, THE THINGS THAT I REGRET!


Bismillahirrahmanirrahim..

I wonder, is there anyone without any regrets in this world? Is there anyone who lives fully and never chose something that turned out to be the thing not to be chosen? Is there anyone who makes the right choices and deeds without the need to fall down to their knees and cry for the wrong ones?

Clearly, I’m not one of those.

I regret of the times that I do not hold ISLAM firmly in my heart.
I regret the deeds I did for the sake of nafs and syaytan.
I regret the ignorance that I portrayed in the presence of a needing friend.
I regret paying attention to the things that brought me farther from Allah.

Oh, the things that I regret!

There was one time; I was given the chance to replenish the bond that had been far taken apart. I could see that I should be there, I should forgive, and I should forget… But I didn’t. I ran away, while covering my ears to the cries of help. I smirked at the sight, glee at the scene of the crime. I presented myself only as an actress, and a good one I bet, that I was only given smiles and hugs for all the lies that I gracefully played on stage.

How stupid I was. How ignorant. A fool!

Now, the chance had been taken away. Should I cry? Rains of tears had fell and dried uncountable times, that I fear tears of blood will be the only price to pay. Should I scream? Who will ever hear my screams of sadness and repentance in my heart, and do I dare to tell? This memory will never fade as long as I breathe, as I will not let myself forget.  Never.

Firman Allah: “Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(As-Zumar: 53)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”
(At-Tahrim: 8)

I fell to my knees, crying for help from Him the Almighty. I have forgotten my place, I have forgotten my duties, and I have forgotten my responsibilities. I’m sorry that it takes such a huge event to open my eyes, oh what a price to pay! I didn’t even get a last kiss of goodbye…

I vowed myself that I will not repeat the same mistakes again. I will tear my mask, and portray only the things that come from my heart. Never again will I hurt, while enjoying the blessings that I should have shared. Fear must not overcome me, for I must do what is right!

Today, I am again reminded of this, and therefore should I be. That is why I’m writing this, to remind you too, not only me, to embrace the moment and make the right choices, fillah. If you are afraid of the change, and if you are scared of the eyes that might see, remember that Allah is always there. Allah is your master. And Allah is the only one that you should please.

“If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely.”
(Al Imraan, 3:160)

There might not be a second chance.

Grab it, while you still can. Hug those dear to you tightly, for they might drift away in the strong current of dunya. Do not make the same mistakes. Do not be the same fool.

I am trying my best to make the best of everything that I can. I might tumble along the way, and limping for the rest. Ya Allah, please help this humble servant to do her deeds dutifully without any excuses. Astaghfirullah… Astaghfirullah…


Monday, December 24, 2012

[PRODUCTIVITY] FILL YOUR TIME!!


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wrt.

Cuaca dingin yang makin mencengkam memang bisa membuatkan semua kaget untuk melangkah keluar walau setapak pun. Manakan tidak, jari-jemari akan mula hilang deria rasa, muka pula bak disuntik ‘botox’ rasanya. Pergerakan juga menjadi semakin lambat dan perlahan, apatah lagi dengan timbunan salji yang memenuhi perjalanan. Lebih selesa kalau duduk di dalam bilik bersama secawan minuman koko panas!

Tapi, banyak lagi yang perlu diselesaikan! Macam mana ni? Islam tidak mengajar kita untuk terus bergulung di dalam selimut, membuang masa tanpa berbuat apa-apa. Namun pernahkah anda mendengar kisah seorang sahabat:

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: “Apa maksudmu?” Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: “Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa-masanya”.

-Riwayat Imam Muslim 

Tidak ada salahnya untuk kita berehat sebentar, namun biarlah rehatnya kita itu tetap mengikut landasan dan syariatnya! Bukankah lebih baik jikalau hobi yang dilakukan pada waktu senggang dapat juga memberikan kita satu pencapaian dan kejayaan dalam bidang baru, berbanding hobi yang hanya akan memakan masa dan tenaga kita semata-mata? Ini barulah dikatakan ‘sambil menyelam, minum air’, ataupun pepatah yang lebih popular, ‘Killing two birds with one stone’. Kerehatan itu kita dapat, bersama manfaatnya juga!

Jadi di sini ingin saya kongsikan beberapa hobi yang dapat mencapai misi ini, insyaAllah dengan izinNya.

1) Membaca


“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah AlAlaq, 96 : 1-5)

Wahyu pertama yang diturunkan turut menggesa umatnya untuk membaca dan menuntut ilmu. Iqra’! Malangnya, kebanyakan dari kalangan kita masih malas membaca. Tidak, bukan buku-buku medic yang saya maksudkan… Tetapi buku-buku yang bisa menambahkan pengetahuan dan meluaskan bidang pemikiran. Kita punya impian untuk ‘think out of the box’, namun tanpa mengintai ke alam lain yang berada di luar sana, macam mana kita hendak capai impian ini? Salah satu jendelanya adalah melalui buku-buku, majalah-majalah, bahkan penulisan yang dapat membawa kita menyelami pelbagai situasi dan kondisi yang tidak dapat dirasai tanpa mengamati satu demi satu perkataan yang tercetak. Setiap orang ada jenis penulisan yang diminati, jadi saya tidak menghadkan kepada satu-satu tajuk mahupun pengarang. Namun di sini ingin saya selitkan beberapa cadangan:

·         AlQuran – sepatutnya menjadi buku ‘favourite’ kita pada waktu lapang, untuk ditadabbur dan diteladani setiap daripada ayatNya. Siapa yang akan jemu membelek kembali surat-surat daripada kekasihnya?
·         Majalah JOM! – Penuh dengan ilmu, informasi-informasi dan peringatan yang amat berguna. Boleh juga dijadikan rujukan untuk bulatan gembira anda!
·         Novel islamik – Bacaan ringan, menghanyutkan minda di dalam alam islami yang ideal.

2) Blogging


Saya percaya ramai diantara kita yang sudah pun mempunyai blog sendiri. Bagi yang belum, mungkin inilah masanya untuk bermula! Setiap orang mempunyai sebab tersendiri untuk menulis blog, misalnya untuk menceritakan pengalaman hidup di perantauan, untuk menghantar berita kepada keluarga, sebagai journal kehidupan, untuk memerikan pesanan dan peringatan, bahkan ada juga yang membuka blog untuk mempromosikan barang-barang perniagaan mahupun mempamerkan koleksi-koleksi fotografi yang kreatif. Tanpa disedari, sebenarnya dengan blogging juga anda akan lebih menjadi tech-savvy: belajar bagaimana hendak memuatnaikkan gambar, menukar ‘theme’, dan sebagainya. Disamping itu, anda juga akan menambah kenalan yang mempunyai minat dalam bidang yang sama dan dapat berkongsi idea untuk terus maju dalam bidang yang anda minati.

3) Menulis journal.


Bahan yang diperlukan hanyalah sebatang pen dan kertas. Selebihnya, biarlah minda dan tangan anda melakukan peranannya. Jangan hadkan penulisan anda dengan hanya membuat karangan, jadilah lebih kreatif! Anda bebas untuk menghias, melekat gambar, membuat ‘doodle’, dan sebagainya. Curahkan sahaja apa-apa yang terlintas di minda anda! Mungkin sesuatu yang menarik yang menyentuh hati daripada perkongsian di dalam bulatan gembira, ataupun puisi-puisi yang terlintas di minda setelah mentadabbur alam sambil berjogging sekejap tadi. Dengan ini, anda akan dapat mengenali diri anda dengan lebih mendalam,  bahkan boleh membuat analisa perkembangan diri anda sendiri! Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik, boleh juga ajak rakan-rakan untuk menulis di dalam journal bersama.

Pastikan anda telah siap semua kerja rumah dahulu ya! Andai kata anda ingin mencari hobi-hobi lain yang bermanfaat juga, bolehlah layari http://productivemuslim.com/21-productivemuslim-hobbies-part-1/. Selamat memulakan hobi baru!

Wallahua’lam.

Monday, October 15, 2012

[CURHAT] MONOLOG DIRI


Bismillahirrahmanirrahim…

الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
”Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” [QS. Al-Ankabuut : 1-3]

Setiap detik yang berlalu, setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. PASTI.

Thursday, August 16, 2012

[POST] AYUH!


Bismillahirrahmanirrahim…

“Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam
Ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan
Saling memaafi
Suasana Hari Raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa”

– Suasana Hari Raya, Anuar Zain dan Elina.


Saturday, July 21, 2012

[POST] PISANG GORENG PANAS


Fuhhhh... seronoknya tengok rakan-rakan berjalan sana-sini menikmati cuti musim panas ni. Oopss! Bukan musim panas je yang best, berita-berita panas pun makin banyak bertebaran ke sana ke mari macam pisang goreng panas! Maklumlah, cuti-cuti ni ramai kawan yang free untuk bergossip di kedai kopi!

Rasulullah S.A.W bertanya para sahabat: “Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?”
 Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
 Rasulullah S.A.W menjelaskan yang bermaksud: “Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia benci.”
 Sahabat bertanya: “Sekiranya apa yang saya sebutkan itu benar-benar wujud, adakah dikira mengumpat juga?”
 Rasulullah S.A.W menerangkan: “ Sekiranya apa yang kamu sebut itu benar wujud berlaku, maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya apa yang kamu sebut itu tidak benar, maka kamu dikira telah memfitnahnya.”
 (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Mengumpat diibaratkan bagai memamah daging saudara sendiri. Eeee... takkan tak jijik? Selama ni kita penat menjaga diet dengan memilih makanan yang baik-baik, tiba-tiba makan sesuatu yang kotor. Astaghfirullah, kadang-kadang terlepas juga satu dua daripada mulut ini sendiri. Namun Allah yang Maha Pengasih turut menyebut bahawa pintu taubat tetap terbuka di dalam ayat:

“...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat ayat 12)

Macam mana pula kalau anda adalah salah seorang daripada mangsa umpatan?

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. "
( An-Nahl : 126 )

Adalah lebih baik untuk kita bersabar dan memaafkan mereka. Apalah gunanya menyimpan dendam? Diri kita sendiri juga yang akan merana di pengakhiran nanti. InsyaAllah dengan memberikan kemaafan, kita juga akan menjadi lebih tenang dan tenteram.

Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips untuk mengelak diri daripada mengumpat:

1.       Banyak mengingati Allah.
2.       Ingatlah keburukan diri sendiri.
3.       Ikuti umpatan yang didengari dengan doa ikhlas.
4.       Berwudhu’ dan berkumur-kumur sambil berdoa agar dijauhkan daripada dosa mengumpat.
5.       Sumbatkan telinga anda. Dengarlah alunan nasyid mahupun bacaam ayat-ayat al-Quran, paling tidak pun... lagu-lagu supaya telinga kita tidak dicemari dengan umpatan-umpatan.
6.       Bayangkan diri anda berada di tempat individu yang sedang diumpatkan. Mesti  rasa sedih dan geram! Begitu juga perasaan si dia... Jadi, janganlah mengumpat, andai anda sendiri tidak ingin diumpatkan...

Lidah tidak bertulang. Jadi memang susah untuk menahan diri daripada bercerita mengenai berita-berita ‘hot’ yang meliar. Tapi ingat, practice makes perfect. Hal ini tidak mustahil, namun memerlukan latihan yang berterusan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjaga percakapan kita bermula daripada saat ini. InsyaAllah, mudah-mudahan mendapat pertolongan daripadaNya.

Wallahua’lam.
A.H.