Thursday, April 18, 2013

[ARCHIVE] ANA UHIBBUKUM FILLAH!

Assalamualaikum buat para pembaca yang sudi mengunjungi blog penulis kecil-kecilan ini...

Setelah lama jari-jemari ini tidak menari di atas papan kekunci, terasa kekok pula untuk memulakannya semula... Satu demi satu artikel yang pernah ditulis dibaca kembali, untuk dapatkan 'feel' dan semangat untuk mula mengarang. Tiba-tiba muncul pula satu artikel yang pernah ana tulis dulu, laaaaaaamaaaaaa dulu, dah 3 tahun rasanya, di ketika mana ana baru sahaja mula berjinak-jinak dengan dunia tarbiyyah ini..

Subhanallah, betapa sucinya diri ini ketika itu, satu penulisan dari hati yang membuatkan ana pada hari ini menangis lagi setelah membacanya. Kalau nak dibandingkan dengan penulisan ana sekarang, kadang-kadang terasa kering pun ada juga... Tak cukup ikhlas lagi, mungkin =(

InshaaAllah, ana sentiasa berdoa agar setiap bait kata-kata lisan mahupun penulisan bisa memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang menerimanya, termasuk diri ana sendiri... Buat semua yang sentiasa memberikan ana sokongan, jzkk diucapkan. Dan setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan pada Ilahi kerana diberi peluang dan kebolehan untuk menyentuh hati-hati yang merinduiMu dan mencintaiMu dengan cara ana tersendiri. Akhirnya, Allah jualah pemberi hidayah dan petunjuk buat sesiapa yang dikehendakiNya, inshaaAllah..

Inilah dia artikel tersebut, hasil penulisan ana yang pertama sekali setelah mendapat tarbiyyah di bumi Volgograd ini...



Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda,

"Jangan saling menghasut, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya padanya, jangan menelantarkannya, jangan membohonginya, dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, (beliau mengucapkan ini sambil menunjuk ke dadanya dan mengulanginya hingga tiga kali). Cukuplah seseorang dikategorikan jelek apabila dia merendahkan saudara sesama muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain."
 (h.r. Muslim)

Assalamualaikum...

Ke hadapan para sahabat,

Harapnya, semua sentiasa berada di dalam rahmat, berkat dan yang paling kita kejarkan, keredhaan ALLAH. Ameen...

Apa khabar iman? Apa khabar diri sendiri? Apa khabar rakan di sebelah? Apa khabar para room mate, house mate? Apa khabar saudara-saudara kita semuanya?Semua sihat? Ada sengal2 badan, sakit2 akibat ber-PT??? Semoga cepat hilang lenguh2 tu semuanya.. ;)

Apabila kita hidup di alam yang fana ini, kita tidak terpisah daripada fitrah untuk bersaudara. Apa maksud saudara??? Masing2 boleh rujuk kamus dewan, kamus online, apa2 shj, namun yg kita ingin tumpukan di sini adalah persaudaraan kita sesama pemegang syahadah penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Rasanya macam dah lama kita tak diperingatkan mengenai perkara yg sebenarnya amat penting ini. Dah lama kita tak duduk bersama-sama, satu rumah, satu floor, satu bilik, satu kelas pun boleh, untuk menyatakan: Aku cintakan kau kerana ALLAH. Okay, maybe cheesy sikit, tapi bila dah cakap akan terasa satu kelainan (penulis pernah rasa) di mana tahap kecintaan terhadap para sahabat akan makin bertambah. Bila dah bertambah, makin banyak perkara kebaikan yg akan kita lakukan utk sahabat kita tu. Bila dah banyak kebaikan sesama kita, kita akan jadi semakin rapat, semakin sayang-menyayangi. Makin berganda-ganda tahapan cinta kita tu. Ya Allah, indahnya nilai persaudaraan kita ini...

Nilainya tidak terletak di dalam darah, di dalam RBC mahupun WBC, bukan dalam turutan gene yg kita inherit drp parents kita, tapi terletak dalam pegangan syahadah kita. La ilaha ilallah, Muhammadun Rasulullah.Nilai persaudaraan kita ini sepatutnya cukup tinggi sehingga kita sanggup korbankan apa sahaja, harta bahkan nyawa utk para sahabat, saudara yg kita sayangi... Kita akan memudahkan kesulitannya, kita akan menutupkan aibnya, dan pada fikiran saya yg paling penting, saling memperingati utk kembali kepada Allah, kembali kepada kewajipan kita yg satu agar kita dapat bersama-sama menikmati segala nikmat2 syurga yg tak terbanding dgn nikmat dunia.. MasyaAllah!

"... Barangsiapa yang membebaskan orang mukmin dari kesempitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesempitan di Kiamat. Barangsiapa yg memberi kemudahan orang yg mengalami kesulitan maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib org muslim maka Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba tersebut menolong saudaranya."    (h.r. Muslim)

Cuba kita tanya balik, apa yg kita dah pernah buat utk saudara/sahabat kita??? Segar dalam ingatan saya ketika diserang demam yg teruk, tapi diri ni degil, taknak jumpa doktor... makan ubat dari apteka sendiri je... Semua sahabat yang saya cintai semuanya sgt caring, bertanya "Ok tak?" "Rehat cukup2!" "Dah mkn ubat belum?" Paling saya tak blh lupa, room mate2 yg saya kasihi masakkan bubur (walaupun ehem sket... ;]) tapi itu sudah cukup utk menenangkan diri ini, cukup utk memberikan semangat agar cepat sembuh, cukup untuk membuatkan saya tersenyum semula walau dlm keadaan yg sakit, dan... terlebih dari cukup untuk menguatkan lagi ikatan ukhuwah di antara kita! Ya Allah! Aku cintakan kamu semua kerana Allah!

Lain org, lain caranya melihat dan mentadabbur segala yg berlaku di sekeliling kita... Inilah cara saya... InsyaAllah, semoga sahabat2 semua menjumpai dan dapat merasai keindahan ini spt yg dapat saya rasa... Tapi AWAS!!! Kita masih terikat dgn batas2 antara lelaki dan perempuan, jgn jadikan alasan kasih syg fillah utk tunduk kpd nafsu yg sememangnya inginkan kesenangan di dunia...

Mari kita kembali kpd sejarah Islam, di mana kekuatan ukhuwah di antara mereka amatlah kuat, tanpa dapat di putuskan walau dgn belahan pedang mahupun tusukan panah sekalipun. Lihatlah persahabatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar! Betapa Rasulullah menyayangi Abu Bakar, dan begitu pula Abu Bakar menyayangi Rasulullah. Tak mungkin dapat ditandingi kasih sayang di antara mereka, namun, kita masih boleh mencuba... =)

Marilah kita ketatkan kembali ikatan ukhuwah di antara kita! Pandanglah ke arah room mate anda, house mate anda, floor mate anda, sesiapa sahaja... dan ucapkanlah: "Sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah ta'ala." Kalau ada yg malu tu, ckp dalam hati pun boleh... utk permulaan.. ;)

Hm... ini hanyalah sekadar usaha seorg insan kerdil untuk menyemarakkan kembali ukhuwah, kecintaan di antara kita semua pemegang panji2 Allah. Diri ini bukan pendeta, bukan penyair, bukan seorang yg pandai menyusun ayat berbunga2 sehingga dapat menyentuh hati semua para pembaca, tapi inilah yg termampu... Almaklum, sekolah dulu pun BM dpt A cukup2 makan je...

Sekiranya ada salah silap, tersalah kata, atau terkasar bahasa... minta dimaafkan... Tiada siapa pun yang perfect, except ALLAH THE ALMIGHTY.

insyaAllah, marilah kita bersama-sama berusaha menuju redhaNya...

Sahabat,
Jadikan jalinan antara kita persis rantaian tasbih,
Ada awal, tiada hujungnya,
Dibentuk kerana cintanya,
Diratib kerana redhanya,
Menitis air mata tika merasai kemanisannya...

-Deen-

p/s: deen=nama pena dahulu, sekarang=AdawiyatulHusna. Dulu takde idea nak pakai nama pena apa, tapi malu nak pakai nama sendiri. Heheh.

Wassalam.

Tuesday, March 19, 2013

[POST] KUNCI-KUNCI KEJAYAAN!


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, keluar sahaja dari rumah untuk ke kelas, muka terus disapa dengan deru angin yang lembut, membawa bersama tanda-tanda pertukaran musim. Suhu menjadi semakin selesa, tumbuh-tumbuhan pula sudah mula mengeluarkan pucuk masing-masing. Tak sabarnya menantikan tibanya musim bunga!

Apabila disebut sahaja mengenai bunga, mesti akan dikaitkan dengan perihal wanita. Kenapa ya? Wanita itu cantik seperti bunga? Indah dipandang, sebagai perhiasan dunia???

Wanita itu bukan perhiasan sebarangan! Wanita solehah itulah yang bisa menggoncang dunia!

Jadi, jom kita intai kisah salah seorang daripada wanita penggoncang dunia ini agar dapat kita contohi bagaimana cara-caranya untuk menggegarkan kehidupan seharian kita dengan produktiviti!

Wanita yang saya maksudkan adalah Hajar, yang telah ditinggalkan oleh Ibrahim a.s bersama seorang bayi kecil Ismail a.s di tengah-tengah padang pasir yang tandus, berbekalkan sebungkus kurma dan sedikit bekalan air sahaja. Isteri mana yang tidak takut dengan tindakan suami sebegitu, apatah lagi dengan kehadiran seorang bayi kecil yang mendambakan perhatian, bagaimana mereka akan bertahan?

Namun, atas dasar keimanan kepada Allah, Hajar rela ditinggalkan, kerana yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan mereka berdua. Dari situlah bermulanya susur galur keturunan yang akhirnya membawa kepada kelahiran Rasulullah s.a.w.,bersama-sama dengan risalah penyelamat, yakni seruan islam.

Daripada kisahnya ini, ingin saya fokuskan kepada 2 aspek yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian;

1) Bersabarlah di atas apa jua ujian dan dugaan yang melanda, dan yakinlah Allah sentiasa bersama kita.

Perintah Allah untuk meninggalkan Hajar berdua dengan Ismail a.s merupakan satu ujian, bukan sahaja untuk Ibrahim a.s., namun juga untuk isteri dan anaknya. Namun apakah yang dikatakan oleh Hajar sebaik sahaja mengetahui bahawa tindakannya hanyalah kerana ingin memenuhi perintahNya?

“Kalau memang demikian, maka Dia tidak akan mengabaikan kami.”

Nah, betapa yakinnya Hajar pada kekuasaanNya! Betapa Hajar sentiasa berbaik sangka kepada Sang Pencipta! Setiap ujian yang melanda kita seperti kegagalan dalam peperiksaan, timbulnya masalah keluarga, mahupun masalah bersama rakan-rakan, merupakan salah satu cara Allah untuk melatih diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Walaupun begitu, tidak pernah sekalipun Allah melepaskan pandanganNya dan genggamanNya terhadap kita. Bahkan, Allah menanti-nanti agar makhlukNya menadah tangan dan meminta daripadaNya yang Maha Memiliki segala sesuatu.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits riwayat Bukhari).

Seperti sebuah bilik yang mempunyai jalan keluar, seperti itu jugalah setiap permasalahan yang pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Berbincanglah dengan orang yang berhak untuk mendapatkan keputusan yang wajar diambil untuk menyelesaikannya. Dan yakinlah, pertolongan Allah itu sentiasa ada untuk para hambaNya.

2) Bekerja keraslah untuk menggapai keajaiban!

Allah tidak sewenang-wenangnya memberikan Hajar bekalan air yang diperlukannya dengan mudah. Bahkan, Hajar terpaksa berlari-lari anak di antara dua buah bukit sebanyak tujuh kali dahulu, sebelum air zam-zam memancut daripada tanah yang dihentak-hentak oleh kaki Ismail a.s. yang seterusnya menghilangkan rasa dahaga mereka berdua.

Begitulah, kejayaan tidak akan datang bergolek, dan segala penyelesaian masalah tidak akan turun daripada langit begitu sahaja. Tidak ada satu perkara pun yang akan berjaya dicapai dengan hanya duduk bergoyang kaki dan minum kopi! Setakat ucapan harapan dan doa yang tidak disertakan dengan usaha tidak akan membawa sebarang perubahan pun.  Apa yang diperlukan adalah usaha yang aktif, kritis dan kreatif daripada kita untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Jangan pernah berputus asa daripada rahmatNya yang pasti!

InsyaAllah, dengan kesabaran dan usaha yang berterusan, segala perancangan dan matlamat yang telah disusun kemas akan dapat dicapai dengan mudah. Tidak dilupakan, doa dan tawakal kepada segala takdirNya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Ayuh, jangan duduk-duduk lagi! Bersabarlah dan aktifkan diri dalam mengejar cita-cita anda!

Wallhua’lam.

[POST] ADA APA DENGAN KISAH DZUN NUN?


Bismillahirrahmanirrahim…

Pada suatu pagi yang tenang, sambil beburung berkicauan…

Guru: Siapa nak dengar kisah Yunus a.s?

Murid-murid: Nak!!!

Guru:  Nabi Yunus a.s telah diutuskan kepada kaum Ninawa, walaupun baginda tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mereka. Namun, setiap ajakan Yunus a.s supaya mengesakan Allah dan berlepas diri daripada amalan penyembahan berhala ditolak oleh kaumnya. Mereka tetap tegar dengan adat istiadat nenek moyang mereka yang nyata menyimpang daripada jalan Allah yang lurus, walaupun berulang kali diingatkan tentang azab yang bakal menimpa andai mereka menolak dakwah baginda.

Lama-kelamaan, Yunus a.s tidak tahan tinggal dengan lebih lama di tengah-tengah kaum Ninawa yang berkeras kepala dan bersikap buta-tuli menghadapi ajaran dan dakwahnya. Ia lalu meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah seraya memohon kepada Allah s.w.t. untuk menjatuhkan hukumannya atas orang-orang yang membangkang dan berkeras kepala itu.

Sepeninggalannya, datanglah azab yang dijanjikan Allah kepada mereka, dan pucatlah raut wajah mereka. Mereka bertaubat dengan bersungguh-sungguh, dan Allah pun menerima taubat mereka… Tapi, di mana pula Nabi Yunus a.s ketika itu? Siapa tahu?

Murid-murid: Dalam perut ikan nun!

Guru: Alhamdulillah, bijaknya anak-anak sekalian! Betul, Yunus a.s telah menaiki sebuah kapal yang dilanda oleh ribut taufan, dan tiada cara lain selain daripada mengorbankan salah seorang daripada penumpang untuk menyelamatkan yang lain-lain. Maka, setelah undian dibuat beberapa kali, Yunus pun dicampak ke dalam laut. Dan setelah diilhamkan oleh Allah, maka Yunus a.s pun ditelan oleh ikan nun…  Itulah takdir Allah, sebagai teguran dan pengajaran daripadaNya…

“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap, “Bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”–Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (QS. Al Anbiyaa’: 87-88)

Maka, apakah pengajaran daripada kisah ini yang boleh menjadi sebahagian daripada amali kita?

1) Tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian Allah

Andai para Nabi juga menghadapi pelbagai mehnah, ujian dan cabaran yang bisa menggugat kesabaran mereka, apatah lagi kita sebagai manusia biasa. Namun percayalah, segala dugaan inilah yang akan membina kekuatan jati diri anda dan mematangkan pemikiran. Setinggi manapun pangkat anda, akan ada masanya anda tersungkur mencium bumi. Serendah mana pun kedudukan anda sekarang, akan tiba masanya suatu hari nanti untuk menggapai pelangi. Itulah roda kehidupan, ada kalanya kita di atas, di bawah, kemudian di atas semula… Bahkan kehadiran ujian itu juga tanda anda tergolong dalam golongan orang yang beriman, andai anda dapat menghadapinya dengan sabar.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

2) Jangan mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran dan dugaan

Walaupun usaha yang telah dilakukan seakan-akan tidak membuahkan hasil, jangan mudah mengalah! Mungkin sahaja masanya belum sesuai lagi. Mungkin sahaja Allah ada perancangan yang lebih baik untuk anda. Ataupun, mungkin juga usaha anda sendiri yang masih belum mencukupi! 

Kadang kala, kita akan terdorong untuk berpatah balik ke belakang, sedangkan tinggal hanya 2 langkah sahaja lagi untuk melepasi garisan penamat dalam sesebuah perlumbaan. Semuanya gara-gara tertipu dengan garisan penamat yang tersembunyi. Jadi, yakinlah dengan amanah yang telah diberi, dan teruslah maju ke hadapan untuk mencapai matlamat anda dan melepasi garisan penamat itu!

3) Ujian Allah itu juga adalah tarbiyyah(didikan)

Lihatlah, Allah menegur Yunus a.s dengan memasukkannya ke dalam perut ikan Nun.  Teguran itu adalah teguran dengan penuh kasih sayang kepada hambaNya yang soleh, sehingga terpancar benar sinar kesolehannya. Ketika berada di dalam perut ikan Nun, Yunus a.s telah membacakan doa yang paling elok andai diamalkan selalu, berdasarkan hadith:

“Doa Dzunnun (Nabi Yunus ‘alaihissalam) ketika di perut ikan adalah “Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.” Sesungguhnya tidak seorang muslim pun yang berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah akan mengabulkan doanya.” (HR. Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani)

Ujian daripadaNya bukanlah tanda kebencian, mahupun dengan sengaja ingin menurunkan darjatmu sehina-hinanya… Namun ia adalah sebuah tebing tinggi, yang akan dapat anda nikmati keindahan panoramanya sejurus anda berjaya mendakinya walau dengan susah payah.  Ia adalah anak tangga tarbiyyah, yang bisa menaikkan martabat kita menuju taqwa.

Walau apa pun halangan yang melintang di tengah-tengah perjalanan anda, jangan gusar! Inilah peluang yang harus diambil sebaik-baiknya untuk memperbaiki kelemahan diri. Hadapilah ia dengan penuh yakin, dan berdoalah kepada Allah supaya dipermudahkan. Dan hasilnya, itulah hadiah yang tidak ternilai daripada Rabbmu sebagai bekalan di dalam jalanNya yang semestinya panjang dan penuh berduri ini.

Yok, sama-sama kita cuba amalkan!

Wallahua’lam.


Friday, January 18, 2013

[CURHAT] OH, THE THINGS THAT I REGRET!


Bismillahirrahmanirrahim..

I wonder, is there anyone without any regrets in this world? Is there anyone who lives fully and never chose something that turned out to be the thing not to be chosen? Is there anyone who makes the right choices and deeds without the need to fall down to their knees and cry for the wrong ones?

Clearly, I’m not one of those.

I regret of the times that I do not hold ISLAM firmly in my heart.
I regret the deeds I did for the sake of nafs and syaytan.
I regret the ignorance that I portrayed in the presence of a needing friend.
I regret paying attention to the things that brought me farther from Allah.

Oh, the things that I regret!

There was one time; I was given the chance to replenish the bond that had been far taken apart. I could see that I should be there, I should forgive, and I should forget… But I didn’t. I ran away, while covering my ears to the cries of help. I smirked at the sight, glee at the scene of the crime. I presented myself only as an actress, and a good one I bet, that I was only given smiles and hugs for all the lies that I gracefully played on stage.

How stupid I was. How ignorant. A fool!

Now, the chance had been taken away. Should I cry? Rains of tears had fell and dried uncountable times, that I fear tears of blood will be the only price to pay. Should I scream? Who will ever hear my screams of sadness and repentance in my heart, and do I dare to tell? This memory will never fade as long as I breathe, as I will not let myself forget.  Never.

Firman Allah: “Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(As-Zumar: 53)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”
(At-Tahrim: 8)

I fell to my knees, crying for help from Him the Almighty. I have forgotten my place, I have forgotten my duties, and I have forgotten my responsibilities. I’m sorry that it takes such a huge event to open my eyes, oh what a price to pay! I didn’t even get a last kiss of goodbye…

I vowed myself that I will not repeat the same mistakes again. I will tear my mask, and portray only the things that come from my heart. Never again will I hurt, while enjoying the blessings that I should have shared. Fear must not overcome me, for I must do what is right!

Today, I am again reminded of this, and therefore should I be. That is why I’m writing this, to remind you too, not only me, to embrace the moment and make the right choices, fillah. If you are afraid of the change, and if you are scared of the eyes that might see, remember that Allah is always there. Allah is your master. And Allah is the only one that you should please.

“If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely.”
(Al Imraan, 3:160)

There might not be a second chance.

Grab it, while you still can. Hug those dear to you tightly, for they might drift away in the strong current of dunya. Do not make the same mistakes. Do not be the same fool.

I am trying my best to make the best of everything that I can. I might tumble along the way, and limping for the rest. Ya Allah, please help this humble servant to do her deeds dutifully without any excuses. Astaghfirullah… Astaghfirullah…


Monday, December 24, 2012

[PRODUCTIVITY] FILL YOUR TIME!!


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wrt.

Cuaca dingin yang makin mencengkam memang bisa membuatkan semua kaget untuk melangkah keluar walau setapak pun. Manakan tidak, jari-jemari akan mula hilang deria rasa, muka pula bak disuntik ‘botox’ rasanya. Pergerakan juga menjadi semakin lambat dan perlahan, apatah lagi dengan timbunan salji yang memenuhi perjalanan. Lebih selesa kalau duduk di dalam bilik bersama secawan minuman koko panas!

Tapi, banyak lagi yang perlu diselesaikan! Macam mana ni? Islam tidak mengajar kita untuk terus bergulung di dalam selimut, membuang masa tanpa berbuat apa-apa. Namun pernahkah anda mendengar kisah seorang sahabat:

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: “Apa maksudmu?” Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: “Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa-masanya”.

-Riwayat Imam Muslim 

Tidak ada salahnya untuk kita berehat sebentar, namun biarlah rehatnya kita itu tetap mengikut landasan dan syariatnya! Bukankah lebih baik jikalau hobi yang dilakukan pada waktu senggang dapat juga memberikan kita satu pencapaian dan kejayaan dalam bidang baru, berbanding hobi yang hanya akan memakan masa dan tenaga kita semata-mata? Ini barulah dikatakan ‘sambil menyelam, minum air’, ataupun pepatah yang lebih popular, ‘Killing two birds with one stone’. Kerehatan itu kita dapat, bersama manfaatnya juga!

Jadi di sini ingin saya kongsikan beberapa hobi yang dapat mencapai misi ini, insyaAllah dengan izinNya.

1) Membaca


“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah AlAlaq, 96 : 1-5)

Wahyu pertama yang diturunkan turut menggesa umatnya untuk membaca dan menuntut ilmu. Iqra’! Malangnya, kebanyakan dari kalangan kita masih malas membaca. Tidak, bukan buku-buku medic yang saya maksudkan… Tetapi buku-buku yang bisa menambahkan pengetahuan dan meluaskan bidang pemikiran. Kita punya impian untuk ‘think out of the box’, namun tanpa mengintai ke alam lain yang berada di luar sana, macam mana kita hendak capai impian ini? Salah satu jendelanya adalah melalui buku-buku, majalah-majalah, bahkan penulisan yang dapat membawa kita menyelami pelbagai situasi dan kondisi yang tidak dapat dirasai tanpa mengamati satu demi satu perkataan yang tercetak. Setiap orang ada jenis penulisan yang diminati, jadi saya tidak menghadkan kepada satu-satu tajuk mahupun pengarang. Namun di sini ingin saya selitkan beberapa cadangan:

·         AlQuran – sepatutnya menjadi buku ‘favourite’ kita pada waktu lapang, untuk ditadabbur dan diteladani setiap daripada ayatNya. Siapa yang akan jemu membelek kembali surat-surat daripada kekasihnya?
·         Majalah JOM! – Penuh dengan ilmu, informasi-informasi dan peringatan yang amat berguna. Boleh juga dijadikan rujukan untuk bulatan gembira anda!
·         Novel islamik – Bacaan ringan, menghanyutkan minda di dalam alam islami yang ideal.

2) Blogging


Saya percaya ramai diantara kita yang sudah pun mempunyai blog sendiri. Bagi yang belum, mungkin inilah masanya untuk bermula! Setiap orang mempunyai sebab tersendiri untuk menulis blog, misalnya untuk menceritakan pengalaman hidup di perantauan, untuk menghantar berita kepada keluarga, sebagai journal kehidupan, untuk memerikan pesanan dan peringatan, bahkan ada juga yang membuka blog untuk mempromosikan barang-barang perniagaan mahupun mempamerkan koleksi-koleksi fotografi yang kreatif. Tanpa disedari, sebenarnya dengan blogging juga anda akan lebih menjadi tech-savvy: belajar bagaimana hendak memuatnaikkan gambar, menukar ‘theme’, dan sebagainya. Disamping itu, anda juga akan menambah kenalan yang mempunyai minat dalam bidang yang sama dan dapat berkongsi idea untuk terus maju dalam bidang yang anda minati.

3) Menulis journal.


Bahan yang diperlukan hanyalah sebatang pen dan kertas. Selebihnya, biarlah minda dan tangan anda melakukan peranannya. Jangan hadkan penulisan anda dengan hanya membuat karangan, jadilah lebih kreatif! Anda bebas untuk menghias, melekat gambar, membuat ‘doodle’, dan sebagainya. Curahkan sahaja apa-apa yang terlintas di minda anda! Mungkin sesuatu yang menarik yang menyentuh hati daripada perkongsian di dalam bulatan gembira, ataupun puisi-puisi yang terlintas di minda setelah mentadabbur alam sambil berjogging sekejap tadi. Dengan ini, anda akan dapat mengenali diri anda dengan lebih mendalam,  bahkan boleh membuat analisa perkembangan diri anda sendiri! Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik, boleh juga ajak rakan-rakan untuk menulis di dalam journal bersama.

Pastikan anda telah siap semua kerja rumah dahulu ya! Andai kata anda ingin mencari hobi-hobi lain yang bermanfaat juga, bolehlah layari http://productivemuslim.com/21-productivemuslim-hobbies-part-1/. Selamat memulakan hobi baru!

Wallahua’lam.

Monday, October 15, 2012

[CURHAT] MONOLOG DIRI


Bismillahirrahmanirrahim…

الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
”Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” [QS. Al-Ankabuut : 1-3]

Setiap detik yang berlalu, setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. PASTI.

Thursday, August 16, 2012

[POST] AYUH!


Bismillahirrahmanirrahim…

“Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam
Ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan
Saling memaafi
Suasana Hari Raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa”

– Suasana Hari Raya, Anuar Zain dan Elina.